Selamat Datang

Assalamualaikum WHB. Tujuan utama blog ini adalah untuk sama-sama kita renung-renungkan kan keadaan ekonomi umat Islam dan juga ekonomi bangsa Melayu sekarang ini. Bersama-samalahlah kita menuju ke arah ekonomi umat yang lebih baik.

Khamis, 23 Februari 2012

Rahsia Parti AKP di Turki

PARTI AKP MENERUSKAN LEGASI 30 THUN AL-FATEH DI ISTANBUL

"Turki menggunakan kuasa lembutnya. Ia menjadi semakin penting kepada mereka. Turki juga menyumbangkan kepada misi kemanusiaan dan bantuan teknikal. Turki juga menyertai beberapa program bantuan dua hala. Turki menjadi semakin berkembang sebagai negara yang besar dan maju. Turki juga menymbang kepada hak asasi manusia dan kedudukan wanita dalam masyarakat."

"Neo-Ottoman Policy of AKP". Michael Gunter,
Professor of Political Sciences


Gerakkan Islam di Turki, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) mendapat mandat besar sebanyak 46.7% daripada 72 juta rakyat Turki yang keluar menggundi pada 22 Julai 2007 yang lalu dengan 72% penduduk berlatarbelakangkan sekular.

Apakah rahsia parti AKP yang berjaya mengungguli pilihan raya itu sehingga pasti ultra sekular sendiri boleh tumpas mengejut? Sebenarnya AKP berbicara dengan rakyat Turki dengan bahasa model yang sama diwarisi dan menggunakan kuasa contoh action speaks lauder than word, kuasa yang sama diwarisi dari Sultan Muhammad Al-Fateh.

 Di antara bahasa dan kuasa contoh AKP di Turki sepanjang mereka berkuasa adalah:

1. AKP menggandakan pendapatan Turki dua kali ganda per kapita menyebabkan pertumbuhan ekonomi Turki 7.3% setiap tahun.

2. AKP meningkatkan peratusan ekonomi Turki sebanyak 9-10% setahun, mengurangkan inflasi sebanyak 8.2% dan menurunkan kadat penggangguran sebanyak 10.3%

3. AKP menyenaraikan Turki buat pertama kali dalam sejarah Turki dan Arab sendiri dalam senarai 10 negara yang paling berjaya menarik Foreign Directr Invest (FDI).

4. AKP berjaya mengubah Turki daripada negara yang dianggap sebagai The Sick Man of Europe kepada yang mendapat perhatian dunia.

5. Macam-macam lagi tentang AKP. Boleh baca buku Kuasa Kepimpinan AL Fateh.


Apabila di tanya apakah kunci kejayaan utama AKP?...

Jawapannya adalah mereka berbicara dengan bahasa ampuh, iaitu ekonomi.

"Ekonomi adalah sebab utama rakyat memilih parti Tuan Gul. Polisi-polisi parti itu mencipta ledakan ekonomi, melebar-luas eksport serta meningkatkan mutu perkhidmatan. Sementara itu, parti pembangkang yang bersifat sekular pula tidak punya banyak tawaran yang baik untuk rakyat."
Hendry Barkey,
Chairman of International Relation ot Lehigh University


Kekuatan ekonomi yang dimiliki AKP kian digeruni semua pihak termasuk Israel. Ia nampak jelas selepas peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara pertengahan tahun 2010 baru-baru ini.

"Mayat Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salim akan remuk sekiranya Turki berdiam diri kepada kezaliman Israel." demikian kenyataan tegas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Ini dinyatakan semasa beliau mengulas kesyahidan aktivis-aktivis Turki di atas Freedom Flotilla (Long Life For Gaza) yang diserang oleh komando-komando Israel di perairan antarabangsa.

Petikan ayat-ayat di atas di ambil dari buku Kuasa Kepimpinan Al-Fateh. Di dalam buku ini terdapat banyak lagi perkara yang bukan setakat memberi motivasi tetapi memberi kita contoh dan tauladan untuk kita sendiri. Bagi saya buku ini amat dicadangkan untuk dibaca.


Kesimpulan


Apa yang nak disimpulkan adalah sekiranya kita umat Islam di Malaysia mempunyai kuasa ekonomi maka kita akan lebih digeruni dan dipandang mulia. Kita jangan terlalu salahkan kerajaan sekiranya orang Islam di Malaysia  (Majoriti Melayu) gagal menguasai ekonomi di negara sendiri. Mungkin di sebabkan terlalu "salahkan" kerajaan lah kita lebih banyak fikir politik dari ekonomi. Apa yang penting sekarang cuba tanya diri sendiri apa yang kita buat untuk menaikkan ekonomi Ummat (ataupun bangsa kita sendiri).


Mengambil iktibar dari parti AKP iaitu sebuah parti Islam yang berjaya kuasai politik dari majoriti penduduk adalah sekular. Walaupun ekonomi di Malaysia secara mudah kita boleh anggap dikuasai ekonomi tetapi dengan strategi yang ada tak mustahil kita EKONOMI KITA BOLEH BANGKIT. InsyaAllah....


Bolehlah ambil iktibar dari gambar ini.


Gambar-gambar di atas bukan sesekali untuk mencetuskan isu perkauman atau meruntuhkan perpaduan. Tetapi apa yang perlu kita faham adalah di sebabkan kita lah perkara ini terjadi. Kita lupa untuk menaikkan ekonomi kita sendiri hinggakan hampir semua sektor dikuasai oleh Orang Cina termasuk membuat batu nisan untuk Orang Islam mati. Siapa yang silap?. Adakah kerajaan yang silap atau kita semua yang gagal memainkan peranan.


Jadi sama-samalah kita menanamkan dalam diri untuk menaikkan ekonomi umat bukan sekadar untuk menaikkan ekonomi diri sendiri sahaja. Ingatlah orang lain. Ingatlah apabila kita makan ada saudara kita berlapar. Apabila kita bekerja ada saudara kita tak bekerja bukan tak mau kerja tapi sukar dapat kerja untuk menyara keluarga. Kita janganlah terlalu bersangka buruk kepada mereka yang tidak bekerja sebab kalu kerja dengan gaji RM1500 di bandar-bandar besar boleh hidupkah. Dan saya percaya sekiranya kita mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita InsyaAllah kita boleh memberi gaji yang lebih baik.

Mohd Zoolhilmi Bin Md Salleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan