Sekadar untuk berkongsi kefahaman bagaimana saya memahami keadaan ekonomi Orang Melayu Islam di Malaysia. Bukan untuk menimbulkan sentimen perkauman tetapi untuk menimbulkan kesedaran kepada kita keperluan untuk kita menguasai ekonomi. Maaf, gambarajah di bawah sekadar illustrasi mudah bagi menambahkan kefahaman. InsyaAllah...
Kita akan membuat dua perbandingan antara ekonomi orang Melayu Islam dan Ekonomi orang Cina.
Pada pendapat anda di manakah ekonomi orang Melayu Islam berada???
Saya berpendapat (melalui pemerhatian) bahawa ekonomi di Malaysia bukanlah 100% dikuasai oleh orang Cina. Malahan lagi tak logik kalu ekonomi Malaysia 100% dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi secara umumnya lebih kurang 90% ekonomi di Malaysia di kuasai oleh orang Cina.
Apa pula pendapat anda???
Kita rasanya tak pernah pun terfikir kan. Atau kita pernah fikir tetapi tak tau apa nak buat...
Bagi saya, kita jangan terlalu menyalahkan kerajaan apabila ekonomi kita dikuasai oleh bangsa lain. Cuba renung-renungkan. Tambahan pula apabila kita tanya pelajar-pelajar Melayu di Universiti ataupun tanya Mak Bapak mereka "DI MANA PELUANG KERJAYA YANG SELAMAT" kebanyakkan hanya nampak "KERAJAAN". Persoalannya adakah sektor perniagaan tidak selamat...
Di bawah ini adalah sebahagian gambar untuk menunjukkan akibat kita gagal bersaing di dalam ekonomi.
Kebanyakkan orang yang meminta sedekah lazimnya adalah orang Melayu. Amat jarang kita jumpa bangsa-bangsa lain. Kita janganlah terlalu negatif dengan mereka atau menuduh macam-macam seperti "tak kerja tapi nak minta duit, Badan sihat" dan macam-macam lagi. Kalu tak mau bagi tak payah bagi dan jangan tuduh macam-macam melainkan anda ada membuat siasatan.
Persoalannya mengapa ini berlaku??? Bolehkah ini berubah???
Jawabnya senang jangan terlalu harapkan kerajaan untuk memberi sumbangan sebab kerajaan pun ada komitmen lain tetapi bukankah sekiranya kita kuasai ekonomi makan semua masalah itu boleh selesai. Ramai orang Melayu Islam boleh tolong mereka. Tetapi ramai yang miskin dari yang kaya...
Fakta di sebelah tak tau dapat daripada mana sebab sumber rujukan tidak diperolehi tetapi dari segi logiknya fakta yang ditunjukkan adalah berasas. Mungkin angka sekarang tidak setepat itu tetapi kita boleh mengambil iktibar daripadanya.Boleh tak kita fikirkan apakah yang orang miskin makan di kala kita makan? Pernah tak kita dengar orang masak tulang lembu beberapa kali. Lepas masak... masak lagi... walaupun rasanya dah tak ada. Adakah kita hanya tahu salahkan mereka kerana tidak bekerja atau yang lebih baik kita perlu fikir bagaimana untuk membantu mereka.
Lagi....
Bukankah ini semua masalah ekonomi... disebabkan kelemahan ekonomi kita menyebabkan umat telah dibeli
Mahasiswa yang mengganggur, kebanyakkan adalah berbangsa Melayu... walaupun mereka mempunyai pencapaian akademik yang baik...
Disebabkan miskin apa yang kita ada...???
Itu tak termasuk ....
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!
Marilah kita sama-sama timbulkan kesedaran diri betapa pentingnya untuk kita menguasai ekonomi kita sendiri.









Tiada ulasan:
Catat Ulasan