Selamat Datang

Assalamualaikum WHB. Tujuan utama blog ini adalah untuk sama-sama kita renung-renungkan kan keadaan ekonomi umat Islam dan juga ekonomi bangsa Melayu sekarang ini. Bersama-samalahlah kita menuju ke arah ekonomi umat yang lebih baik.

Isnin, 25 Jun 2012

Promosi Pelaburan

Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat.

Bagi sesiapa yang mencari peluang untuk membuat pelaburan bagi menaikkan ekonomi sendiri dan juga secara langsung membantu ekonomi ummat, sebuah syarikat trading yang berdaftar dengan SSM menawarkan peluang anda untuk mendapat perkongsian hasil daripada urusniaga syarikat. Modal untuk mendapat perkongsian ini adalah RM1260 sekali semur hidup. Pulangan yang bakal anda perolehi Rm1260 bulan-bulan. Walaubagaimanapun perlu dijelaskan di sini bahawa pulangan itu mungkin kurang dan mungkin lebih berdasarkan urusniaga syarikat setiap bulan.

Promosi perkongsian syarikat ini akan tamat pada 30 Julai 2012. Bagi memastikan bahawa anda membuat pilihan bijak untuk mengetahui bagaimana hanya sekali labur boleh dapat bulan-bulan dan anda yakin pelaburan anda adalah jelas lagi nyata (patuh syariah) anda hubungi saya En.Zul (013-3946107). Saya akan smskan pejabat cawangan kami yang terdekat dengan anda. Setakat ini kami telah mempunyai lebih dari 30 buah cawangan. Di cawangan kami anda akan dijelaskan tentang pelaburan berkenaan. Keputusan hanya di tangan anda. Tugasan saya hanya memaklumkan perkara ini kepada anda.

Tetapi awas!!! anda mungkin merasakan ia tidak logik atau menipu atau ini macam skim cepat kaya. Tetapi saya yakin, anda pasti bijak membuat pilihan selepas mendengar taklimat berkenaan. Buat apa saya nak menipu, sedangkan kami telahpun berjaya mempunyai lebih dari pejabat cawangan di serata Malaysia (Sabah dan Serawak belum lagi). Lagipun ini bukan projek mengumpul dana atau pengumbalan wang haram atau menerima pendeposit haram seperti mana yang selalu anda lihat di dalam TV tuu...

Jadi sebagai penutup, ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa tarikh tutup promosi perkongsian syarikat ini adalah pada 30 Julai 2012. Bagi anda yang ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya (En Zul 013-3946107) untuk mendapatkan pejabat cawangan kami yang terdekat dengan anda. Selepas dengar taklimat anda tentukan sendiri. Saya pasti anda bijak untuk membuat keputusan.

Terima kasih

Khamis, 1 Mac 2012

Melayu Baik Kaya


Petikan Wawancara Dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary



JARUM jam sudah menjangkau tengah malam ketika dua wartawan Mingguan Malaysia rancak menemu bual Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, tokoh korporat Melayu yang latar hidupnya tidak begitu banyak diketahui.Isu yang dibincangkan hanya satu – tentang sikap sesetengah korporat Melayu berjaya yang keberatan turun ke bawah membantu anak bangsa. 

Syed Mokhtar adalah salah seorang daripada orang Melayu berjaya yang diketahui umum banyak menyumbang kepada pengembangan anak bangsa. Beliau menubuhkan Yayasan Al-Bukhary yang antara projek utamanya ialah memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pintar yang kurang berkemampuan.

“Saya dulu tidak ada peluang. Setelah ada rezeki ini kenapa saya tidak boleh tolong orang miskin yang boleh pergi jauh,” katanya yang bersekolah setakat tingkatan lima.

Dalam wawancara ini, isu sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara yang ditanya. Syed Mokhtar mengakui bahawa semua itu bukan untuk dirinya sendiri sebaliknya beliau mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

Apakah rahsia kejayaan Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Tidak ada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama saja, cuma proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa saja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.

Saya sendiri melalui pahit maung dan merasai segala-galanya untuk sampai ke tahap ini. Tidak ada jalan yang singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini dari kecil lagi, dan saya juga biasa kena tipu.

Saya juga mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal.

Tidak banyak peniaga Melayu yang buat macam Tan Sri – dapat empat permit lori walaupun cuma mampu pakai dua, yang baki itu tidak dijual.

SYED MOKHTAR: Alhamdulillah, Tuhan tidak gerakkan hati saya buat kerja-kerja itu. Saya yakin, insya-Allah dua buah lori lagi saya boleh beli kalau saya rajin berusaha.

Saya percaya kalau perniagaan saya maju dan tidak cukup lori, saya tentu kena minta lagi. Jadi walaupun hanya mampu beli dua buah lori, dua lagi permit itu saya simpan untuk masa depan.

Maksudnya kena sabar menunggu?

SYED MOKHTAR: Memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. Semasa mula-mula berniaga dulu saya pun biasa kena tindas, bukan saja dengan bangsa lain tetapi dengan orang Melayu yang dipergunakan.

Saya terpaksa bersaing dengan orang Cina yang sudah jauh lebih maju dan boleh juga mendapatkan lesen daripada orang Melayu yang sanggup menggadainya.

Semasa mula berniaga Tan Sri bekerjasama dengan orang Cina. Kenapa?

SYED MOKHTAR: Kita perlu menggunakan kepakaran mereka kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham, kita berkongsi dengan mereka dengan tujuan untuk belajar daripada mereka. Apabila sudah faham barulah kita boleh menjaga kepentingan kita.

Sampai sekarang saya masih berkongsi dengan orang Cina tetapi saya juga terlibat secara aktif dalam perniagaan itu.

Bagaimanakah lahirnya Yayasan Al-Bukhary ini?

SYED MOKHTAR: Apabila saya dapat rezeki sedikit ditambah pula dengan didikan ibu bapa saya, saya mula menolong orang. Itulah juga punca saya mewujudkan yayasan di Alor Star itu. Insya-Allah, harapan saya setelah mati nanti yayasan itu tetap kekal dan terus memberi bakti.

Selain Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur saya juga buka pusat tuisyen. Sebenarnya saya hendak buat sudah lama tetapi tiada siapa yang sanggup hendak tengok-tengokkan sehinggalah saya dapat tahu Datuk Seri Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan) bersara. Saya cari dia dan dia sanggup untuk melaksanakan hasrat ini. Ini daripada hati saya, siapa pun tidak suruh.

Projek ketiga yayasan ialah Kompleks Al-Bukhary di Alor Star. Itu asalnya tanah datuk saya dan masjid itu asalnya dia yang bina. Saya sebenarnya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Maksudnya?

SYED MOKHTAR: Orang Melayu semuanya sama. Pendirian politik itu terpulanglah kepada diri masing-masing. Dalam kompleks masyarakat itu kita semua sama. Dalam soal kemajuan ummah kita mesti bersatu.

Prof. Diraja Ungku Aziz dalam satu wawancara sebelum ini menyebut bahawa orang Melayu tidak berfikir seperti satu ummah. Orang Melayu individualistik. Tan Sri nampaknya bukan dari golongan itu?

SYED MOKHTAR: Saya fikir soal parti adalah hak masing-masing. Apabila hidup bermasyarakat, kita tidak sepatutnya mengasingkan ini orang UMNO, ini orang Pas. Saya memberi bantuan hanya atas dasar sebagai orang Islam. Soal ideologi atau perjuangan mana yang betul, hanya Allah yang akan menentukannya.

Dalam menjayakan agenda Melayu, orang Melayu sendiri kena tolong orang Melayu. Tidak guna kita buat seminar sana sini tetapi tidak mahu menolong bangsa sendiri untuk jadi maju. Kita kena berusaha, baru orang Melayu boleh jadi kuat.

Apabila kuat, kita tidak lagi ditindas. Jangan kita bercakap tentang agenda Melayu dalam mana-mana perhimpunan tetapi selepas itu kita senyap. Sepatutnya semua orang kena buat kerja, bukannya bercakap saja.

Apa pandangan Tan Sri kepada korporat Melayu yang tidak mahu tolong Melayu?

SYED MOKHTAR: Mereka mungkin tidak nampak ini sebagai kewajipan kerana mereka tidak melalui kesusahan. Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok.

Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah. Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah.

Kenapa ini berlaku?

SYED MOKHTAR: Mungkin kerana kurang didikan dan nilai sehingga hidup jadi terbawa-bawa. Tidak mengapa kalau mereka boleh hisap curut RM500. Tetapi tidak semestinya bermakna mereka tidak boleh turun ke bawah membantu orang.

Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mereka bersikap begini boleh jadi kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

Ini berbeza dengan orang Cina yang ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain usaha, mereka marah.

Inikah pegangan Tan Sri dari dulu lagi; rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain?

SYED MOKHTAR: Saya fikir memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Tan Sri melihat menolong orang lain itu satu tanggungjawab?

SYED MOKHTAR: Apabila kita memberi kerja kepada orang lain, ia juga satu amalan kerana kerja mendatangkan rezeki kepada mereka. Sekarang kumpulan saya ada 36,000 pekerja. Ini satu tanggungjawab kepada saya, bagaimana hendak menjadikan mereka ini maju, dapat bonus dan sebagainya.

Kalau Tan Sri tidak buat semua ini apa Tan Sri rasa?

SYED MOKHTAR: Saya akan rasa sedih kerana tidak banyak orang Melayu yang tolong Melayu. Saya tidak kisah; saya boleh tidak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya akan rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata, kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat.

Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa. Tetapi semua ini sebenarnya bukan mampu saya buat seorang.

Saya ada emotional attachment kepada agama, negara, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak mustahak. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

Kalau saya dulu tidak dapat peluang belajar tinggi, kenapa pula saya hendak sekat peluang orang lain? Lagipun saya datang daripada golongan itu. Kalau ada rezeki lebih sedikit takkan saya sanggup lupakan mereka.

Tan Sri mengharapkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya seperti Tan Sri?

SYED MOKHTAR: Saya kadang-kadang sedih apabila media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya.

Tetapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat, tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi.

Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

Apakah yang selalu Tan Sri fikirkan?

SYED MOKHTAR: Saya selalu fikir bagaimana hendak mengekalkan kumpulan ini untuk masa depan; bagaimana hendak menjalankan semua projek di bawah yayasan.

Sebahagian daripada keuntungan kumpulan ini saya khaskan kepada kos operasi Yayasan Al-Bukhary yang akan menempatkan 3,000 pelajar dari negara-negara Islam – 70 peratus pelajar antarabangsa, 20 peratus pelajar kita dan 10 peratus bukan Islam.

Kita memberikan fokus kepada soal pendidikan anak bangsa. Kelas tuisyen itu boleh dikatakan 100 peratus untuk anak Melayu. Universiti itu pula adalah untuk pelajar-pelajar yang cerdik tetapi tidak ada kemampuan.

Kita akan ambil mereka dan beri bantuan seratus peratus. Kita mahu mereka menjadi profesional yang apabila tamat pengajian boleh pulang ke negara masing-masing dan membantu masyarakat mereka pula.

Salah satu masalah ekonomi orang Melayu ialah pengangguran di kalangan siswazah. Dalam hal ini misalnya apakah yang boleh Tan Sri lakukan?

SYED MOKHTAR: Saya telah meminta kumpulan kami mengkaji masalah ini dan mengambil sekumpulan mereka bekerja dan memberikan latihan. Insya-Allah kami akan sentiasa mencari perniagaan baru, mungkin daripada swasta atau kerajaan. Kalau daripada kerajaan orang mungkin akan menjadikannya sebagai isu lagi.

Tetapi kalau kita terus mencari peluang dan perniagaan lain kita akan terus dapat membantu orang lain untuk mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya sendiri semata-mata.

Laporan-laporan tentang Tan Sri selama ini, itu maksudnya bukanlah untuk mengembangkan kekayaan peribadi?

SYED MOKHTAR: Diri saya tidak mustahak. Kalau saya hendak ambil alih mana-mana syarikat pun saya mesti ada kemampuan untuk menguruskannya.

Orang tidak tahu bahawa apabila saya mengambil sesetengah syarikat itu ia sebenarnya dapat menyelamatkan berpuluh-puluh ribu keluarga pekerjanya yang sebahagian besarnya ialah orang Melayu.

Tetapi apabila saya mengambil alih syarikat-syarikat itu orang bertanya apakah tidak ada orang lain selain daripada Syed Mokhtar?

Orang tidak bercakap tentang hal-hal di belakang itu.

SYED MOKHTAR: Perkara yang elok lambat orang tahu. Saya ini ada dibenci orang. Orang kata saya tamak, ambil semua peluang yang ada dan hendak jadi kaya seorang. Kaya apa?

Kaya itu bukanlah pada diri saya. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara saja.

Saya tidak ada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.

Apakah yang orang tidak tahu tentang syarikat-syarikat yang Tan Sri miliki itu?

SYED MOKHTAR: Sesetengah daripada syarikat itu bermasalah; saya membeli untuk menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan bangsa lain atau orang Melayu sendiri yang boleh membawa lebih kerosakan. Saya tidak menggadaikan hak dan kepentingan orang kita.

Tetapi kerja saya bukan beli syarikat. Saya ada perniagaan sendiri – syarikat lori dan beras. Alhamdulillah, Tuhan memberikan saya kekuatan untuk ke depan apabila ada peluang.

Walaupun sesetengah syarikat itu bermasalah tetapi saya melihatnya sebagai satu peluang juga – bagaimana hendak mengubahnya. Tetapi saya tidak pernah ambil daripada mulut orang Melayu lain; sudah hendak sampai ke kerongkong saya ambil, saya tidak buat begitu.

Apa yang saya dapat ini adalah daripada usaha saya sendiri. Ada juga yang saya usaha tetapi tidak dapat dan orang tidak tahu. Apa yang saya dapat itu pula yang menjadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.

Saya tidak pergi cari mana syarikat hendak saya beli. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

Orang tidak tahu bagaimana saya rugi lebih RM2 bilion dalam pelaburan semasa kegawatan 1997 semata-mata kerana hendak melindungi 30 peratus kepentingan orang Melayu.

Setiap kali mendapat rezeki daripada Tuhan, apakah yang Tan Sri rasakan?

SYED MOKHTAR: Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok, bukan lebai pondok. Tetapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu kita minta terus daripada Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

Orang kata saya tidak ada duit tetapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tidak berhutang. Tetapi kita mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara kita boleh buat.

Kalau beratus-ratus orang Cina dalam bandar boleh buat kenapa saya orang Melayu tidak boleh? Tetapi kerana saya Melayu orang menjadikannya sebagai satu isu. Inilah masalahnya.

Tidak ada salahnya berhutang kalau berniaga. Tetapi sebelum berhutang RM100 juta kita mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Soal tanggungjawab ini yang banyak orang tidak sanggup pikul. Banyak orang mahu senang tetapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab. Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama. Emak saya mengajar: Kalau dapat lebih, beri lebih; kalau kurang, beri kurang.

Saya sangat berterima kasih kepada emak saya yang ambil setengah daripada duit pertama saya dulu. Kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.

Saya manusia yang banyak juga melakukan kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

Adakah Tan Sri rasa keseorangan melakukan semua ini?

SYED MOKHTAR: Saya fikir banyak orang yang buat begini juga tetapi dengan cara mereka sendiri. Insya-Allah kita berdoa mereka akan buat lebih lagi pada masa akan datang.

Saya buat apa yang tergerak dalam hati dan apa yang boleh dicapai oleh tangan. Saya juga insaf bahawa diri saya tidak kekal; saya hanya seorang hamba Allah yang kalau ditakdirkan hidup sehingga 70 tahun umur saya hanya tinggal 17 tahun saja lagi.

Oleh itu saya suka melakukan perkara yang kekal dan berterusan seperti yayasan ini. Kalau bangsa lain boleh ada macam-macam yayasan kenapa tidak kita? Apa yang penting ialah komitmen. Pendekatan saya selari; sambil mencari rezeki saya juga menyumbang semula kepada masyarakat.

Saya sendiri tumpang seronok melihat orang lain mendapat kesenangan daripada sedikit apa yang saya ada ini.


Tan Sri seronok melihat orang lain dapat berkembang hasil daripada rezeki yang Tan Sri nikmati?

SYED MOKHTAR: Ya. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu lain yang juga sudah berjaya?

SYED MOKHTAR: Insya-Allah, kebanyakan orang Islam ini baik-baik, ada niat yang baik. Bukan mereka tidak mahu menolong tetapi mungkin masanya belum sampai atau Tuhan belum menggerakkan hati mereka lagi. Mungkin juga mereka ada masalah maklum saja selepas tahun 1997 masih belum banyak yang pulih semula.

Saya sendiri sambil berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya berdoa apabila nanti saya pejam mata masa itu juga hutang pun habis, perniagaan dan amal jariah pun sama-sama berjalan elok.

Saya tidak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tidak sempat buat.

Kepada orang Melayu yang sanggup hisap curut RM500 tetapi susah hendak tolong orang lain, apakah yang hendak Tan Sri katakan kepada mereka?

SYED MOKHTAR: Kalau mereka hendak hisap curut, pakai kereta Porsche atau duduk rumah besar, tak apa. Cuma ingat-ingatlah juga tanggungjawab untuk membantu anak bangsa.

Kita tidak boleh marah kepada mereka. Kita ingat-ingatkan saja. Kebanyakan mereka itu orang yang bagus-bagus; mungkin terbawa-bawa saja. Kepada saya ini masalah kecil saja. Masalah yang lebih besar ialah diri kita sendiri. Orang Melayu kena yakin dan berusaha untuk terus memajukan diri.

Harapan Tan Sri kepada orang Melayu keseluruhannya?

SYED MOKHTAR: Peluang kita semua sama; saya tidak dapat lebih dan tidak dapat kurang. Cuma satu saja saya minta daripada orang Melayu: Beri masa sedikit kepada apa yang hendak diusahakan.

Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok-belok perniagaan, insya-Allah boleh maju.

Mereka juga kena fokus, majukan diri dan selalu meningkatkan kemahiran. Kalau sudah maju dan hendak mempelbagaikan perniagaan, masa itu tidak mengapa.

Kita juga jangan cepat berputus asa. Putus asa boleh tetapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Kita juga jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

Bolehkah orang Melayu maju?

SYED MOKHTAR: Tidak ada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun kalau ada yang mengatakan orang Melayu tidak boleh maju. Cuma nasihat saya kalau hendak jadi apa pun, jadilah yang terbaik dalam bidang masing-masing sehingga kukuh bertapak.

Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari mahu ambil alih akhbar itu. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

Cara hidup Tan Sri bagaimana?

SYED MOKHTAR: Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.

Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.

Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.

SYED MOKHTAR: Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada orang Melayu. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberikan gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tetapi bukan itu matlamatnya.

Kita kena tekankan hal-hal yang positif tentang orang Melayu. Orang Melayu boleh jadi yang terbaik dalam apa juga bidang kerjaya mereka. Itu yang perlu kita lakukan.

Adakah Tan Sri puas hati dengan apa yang sudah dilakukan ini?

SYED MOKHTAR: Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada air segelas, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

Apakah yang Tan Sri rasa apabila melihat orang yang menerima bantuan daripada yayasan ini?

SYED MOKHTAR: Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

Saya gembira dapat membantu. Kalau saya boleh beli seekor lembu untuk sebuah kampung yang sudah lama tidak makan daging, saya rasa gembira. Saya rasa seronok dapat bawa anak-anak dari luar datang ke Kuala Lumpur, tengok lampu-lampu yang cantik.

Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya mahu orang lain merasai apa yang saya pernah rasa. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan kita beri kurang daripada itu, lebih tidak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

Tan Sri tentu rasa boleh menyumbang lebih lagi daripada ini?

SYED MOKHTAR: Memang itulah yang selalu saya rasa. Saya kata kepada kawan-kawan apa yang kita buat ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Insya-Allah, kalau orang Melayu lain boleh bersama-sama membantu tentulah lebih baik. Ayah saya kata, guni beras kalau seorang pikul memang berat tetapi kalau ramai-ramai kita pakat pikul ringan jadinya..

Jadikan iktibar...

Selasa, 28 Februari 2012

Apa Orang Kaya & Baik Buat ???

IR HAJI MOHD MAZLAN WAKAF HARTANAH UNTUK PENGAJIAN WARGA EMAS


Ir. Haji Mohd Mazlan bin Hj. Md Ismail Merican merupakan individu yang telah mencatat sejarah tersendiri di MAIWP. Pada 1 November 2011, beliau telah mewakafkan tanah, 2 buah rumah banglo dan kebun buah-buahan beliau di kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur seluas 1.72 ekar untuk dijadikan pusat pengajian warga emas yang bakal diuruskan oleh pihak MAIWP. Sikap pemurah dan pengorbanan beliau menarik Buletin MAIWP untuk mengupas latar belakang beliau yang mencatat nama antara pewakaf terbesar di Wilayah Persekutuan

Beliau yang dilahirkan pada 23 Oktober 1941 di Pulau Pinang telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Hajjah Rabiah Bee binti Mohamed Sulaiman dan dikurniakan dengan tiga orang anak yang masing-masing telah mempunyai kehidupan sendiri. Beliau kini telah bersara dan menetap di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Pendidikan peringkat tinggi Ir. Haji Mohd Mazlan bermula di Maktab Teknik pada tahun 1965 dalam bidang Diploma Kejuruteraan (Mekanikal) sebelum meneruskan pengajian peringkat ijazah di Universiti Teknologi MARA juga dalam bidang mekanikal dan seterusnya menamatkan pengajian di Ohio University pada tahun 1989 dengan Ijazah Master in Business Administration.

Beliau yang menceburi kerjaya dalam bidang kejuruteraan turut memiliki kelayakan profesional antaranya Jurutera Stim Gred Satu dan Dua, Palm Oil Mill Executive, Jurutera Profesional daripada Lembaga Jurutera Malaysia dan kelayakan Orang Yang Kompeten bagi Pendedahan Bising.

Kerjaya beliau bermula sebagai Jurutera Giliran di Osborne and Chappel pada tahun 1967 hingga 1968. Laluan kerjayanya mula berkembang setelah menyertai Socfin Company Berhad sebagai Penolong Jurutera pada tahun 1970. Pada tahun 1980 beliau telah dilantik sebagai Pengurus II sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengurus I sehingga tahun 1997. Pada tahun 2003 hingga 2007, Ir Mazlan telah dilantik menjadi Pengurus Besar Lembaga Jurutera Malaysia. Dalam tempoh tersebut, berdasarkan kepakaran yang dimiliki, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi beberapa organisasi antaranya SSP EPM Sdn. Bhd, Steamline Malaysia Sdn. Bhd. dan Utama Jurutera Perunding.

Antara pengalaman dan sumbangan beliau sepanjang terlibat dalam bidang kejuruteraan adalah:

• merekabentuk dan membina kilang kelapa sawit berkeupayaan 20 tan sejam.
• merekabentuk dan membina tiga stesen pencuci hama berkeupayaan 20,30 dan 60 tan.
• mengubahsuai kilang keping getah menjadi kilang skim dan getah beku.
• merekabentuk dan membina 23 loji pembersih air di ladang.

• merekabentuk dan membina paip penghantar serta pam untuk pemasangan di pelabuhan.
• merekabentuk dan membina simpanan pukal minyak dan susu getah.

Ir. Haji Mazlan juga turut aktif dengan kegiatan-kegiatan luar. Antaranya terlibat dengan Rukun Tetangga, Ahli Jawatankuasa Pengubah Silibus Jabatan Mekanik Institut Teknologi MARA, Ahli Lembaga Universiti Teknologi Malaysia, Timbalan Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Damansara Jaya, Ahli Majlis Keselamatan Kebangsaan, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Kualiti Pembinaan Malaysia, Pengerusi Lembaga Penasihat Politeknik Shah Alam dan Ahli Lembaga Koperasi Pemabangunan Profesional Malaysia.

Beliau juga turut menyertai badan-badan sukarela. Antara penglibatan beliau yang masih aktif sehingga sekarang adalah Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala dan Penasihat Madrasah Nurul Huda, Kampung Sungai Penchala.

Penglibatan beliau dalam aktiviti sukarela ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian kepada warga emas yang ingin mendalami ilmu agama yang mendorong beliau untuk mewakafkan harta tersebut kepada MAIWP untuk dijadikan pusat pengajian. Ia akan diuruskan oleh MAIWP dan bakal dikenali sebagai Dar Assakinah.

Sikap pemurah Ir. Haji Mazlan seharusnya dicontohi oleh umat Islam lain yang berkemampuan demi untuk pembangunan dan kebajikan ummah khususnya di Wilayah Persekutuan. Semoga niat ikhlas beliau diberi ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
Terima kasih Ir. Haji Mohd Mazlan bin Hj. Md Ismail Merican.

(Petikan Buletin Maiwp)






Jumaat, 24 Februari 2012

Video Insan terpilih menerima hidayah Allah

video insan-insan yang terpilih untuk menerima hidayah dari Allah di seluruh pelusuk dunia... adakah kte brsyukur sbb kte sememang nyer lahir sebagai Muslim ??? Kadang2 aku terasa hina dengan golongan Muallaf yg lebih cintakan Islam berbanding diriku yg amat2 lemah disisi Allah ~~

MLM (Marketing) Menjadi MLS (Selling)


Aku bertanya kepada kawan aku kat sebelah sambil minum petang. Fuh sedap pulak Kopi O panas dengan gorang pisang panas ni. "apa cerita kawan si Man kita hari tu, dia ada datang jumpa ko tak promote dia punya barang, dah berapa lama dia buat benda tu hah". "Entahlah aku rasa ada dah dekat 5 bulan dah, Dia kata masuk dapat ribu-ribu, dapat keta besar la.. macam-macam, filter air yang dia jual tu RM2000, baik aku beli kat tempat lain. Boleh dapat dalam RM800 je. Produk kesihatan dia... baik aku beli kat farmasi, lagi banyak pilihan. Kesian kawan kita tu, Nak kata bodoh tapi lepasan universiti. Cuba tengok dia tu, pi jual, promo barang dia pastu gi taklimat, dia masih macam tu juga, nak kata pakai keta baru tak de la pulak. Mungkin dia tak de maklumat kot" bagi tau kawan baik aku itu.


Kau kata apa, takde maklumat, maklumat apa yang kau maksudkan. Tanya aku kat kawan aku tu. "Ye la, cuba kau perhatikan baik-baik. Biasanya kau pi beli barang kat supermarket milik Orang Cina kan, kau ada nampak taukey dia, yang ko biasa nampak orang melayu yang jaga kaunter bayaran kan. Kau pernah fikir tak kenapa Orang Cina suka letak orang Melayu jaga kaunter bayaran ni? Tanya kawan aku sementara dia menghirup Kopi O yang dah nak sejuk tu. Aku mana lah tau, jawab aku ringkas. "Jawapannya mudah je, sebab orang Melayu mudah nak berurusan dengan orang Melayu. Kita nak bayar duit belian pun tak terasa sangat sebab kita fikir, takpe lah taukey tu dah bagi kerja kat orang kita kan? Tapi kita lupa yang pasti banyak duit adalah taukey dan orang-orang dia, orang kita tu dapat ciput je. Ala gaji kalu setakat RM800, boleh buat ape" sambung kawan aku tu. Bersemangat sungguh dia.


Eh! ko ni dah keluar topik ni. Apa kaitan supermarket Cina dengan kawan kita tuh. Tanya aku lagi. "Tu la, ko kena fikir secara tersurat, kenapa kawan kita tu boleh terpengaruh untuk join syarikat tu. Syarikat itu cakap macam-macam bukan. Dia kata bonus infiniti lah, tabungan kereta, umrah, melancong, macam-macam dia kata. Pas tu mesti mereka bagi tau kalu nak dapat duit harian buatlah jualan produk. Boleh promot secara online la. Kerja di rumah lah. Macam-macam lagi la. Hakikatnya, kalu ko perhati betul-betul syarikat tu membuat pelbagai helah untuk memastikan kawan kita tu buat jualan. Ko nampak tak nih?. Nampak-nampak jawab aku ringkas.


"Aku tau, kau pun pernah join MLM dulu. Dulu kau kata kau pilih syarikat tu sebab dia dah lama kat market, dah stabil dan macam-macam lagilah. Aku nak tanya kau 3 soalan. 1) Ada orang Cina sibuk pi daftar dengan kau tuh, 2) Ada kau nampak income dia ciput-ciput 3) Kau hanya nampak mereka ada income besar dan kereta besar kan. Ada ke mereka jual produk mereka tu? Takde kan. Semuanya orang kita buat kan. Takkan kau lupa dulu kau edar risalah kat masjid2. Bagi tau pasal killer produk syarikat kau dulu tu. Apa jadi pasal killer produk tu. Dah tak killer kan. Dah kena kill dengan produk lain kan. Pastu orang yang dok jaja killer produk tu apa akan jadi. Takde income can? Bagi aku killer produk tu semua tipu je. Baik kau guna produk seperti madu ke, habbatul sauda ke atau produk-produk sunnah. Paling tak pun hang pi farmasi, beli lah apa yang hang nak beli. Murah pun murah. Kau jangan terasa pulak, cuba lihat diri kau sendiri, lepas setahun kau buat syarikat tu, kau masih juga macam dulu, masih pakai kereta sama. Aku tau kenapa kau gagal direct selling yang kau buat tu?. Haa kau tau camne aku gagal direct selling. Apa yang kau tau, dengan suara agak meninggi.


Bukannya marah sebab goreng pisang dah habis. " kak mintak goreng pisang 3 ringgit lagi, tambah pencecah kicap sambal lagi yek"


Kawan aku mula berkata "Hang ni baik sangat, hang tak berani cakap macam leader hang cakap. Cuba hang tengok leader hang cakap. Dia akan kata "Abang jangan risau, kalu abang tak mampu jual produk ni, abang bagi kat saya biar saya tolong jualkan, pastu dia kata produk ini berteknologi NASA la, orang pasti cari produk ini. Hakikatnya semua produk tu hang letak bawah katil atau jual dengan harga kos kat kawan-kawan" Maksud kau, aku kena menipu untuk buat direct selling. "aku tak kata begitu, tapi ramai leader yang buat begitu kan, hang pun mesti terpengaruh dengan kata-kata manis mereka. SEMUA OK, SEMUA KAYA" Bagi tau kawan aku tu.


Assalamualaikum....
Ehhh... laa kita orang baru sembang pasal kau nih Man. Kau dari mana ni. Nak promot ke. Tanya aku kat kawan aku yang tiba-tiba muncul. "Tak, aku tadi kena maki dengan kawan lama aku. Semalam aku call dia, tanya apa khabar, pastu aku bagitau nak jumpa sebab dah lama tak jumpa. Hari ni bila aku jumpa dia, aku sembang-sembang la. Pastu aku bukak cerita pasal syarikat aku tu. Tak sebut pun pasal jual barang. Baru bukak pasal buku testimoni, pastu dia psyco aku balik. Dia kata aku kayakan Cina lah, produk kesihatan tu boleh di beli di farmasi lah, macam-macam lagi.... korang sembang apa pasal aku, ngumpat aku ye?


"Kami bukan ngumpat pasal kau lah. Cuba kau lihat baik, masa kau gi seminar, ada ke orang cina kat situ sibuk dengan korang, ada ke kau lihat mereka income Rm2000-Rm3000, kau hanya nampak mereka yang dah bergelar jutawan bukan" aku cuba mengulangi persoalan yang dikemukakan rakan aku sebentar tadi, seolah-olah aku faham benar apa yang disampaikan oleh kawan aku tu. "Betul Man, MLM adalah suatu kaedah yang baik. Yang telus dalam perniagaan, tetapi plan pemasaran tu diubah untuk memastikan ada pihak yang amat untuk dan ada pihak yang membuat jualan atau dipaksa membuat jualan macam yang Man buat tu, ada juga yang berselindung di sebalik MLM untuk kumpul modal bagi bukak bisnes lain dan ada yang buat skim cepat kaya dengan MLM. Orang atas kaya orang bawah kena jual barang, ala macam syarikat apa tah membuat belian RM20ribu dapat 10 filter air, dapat peluang pakai kereta besar " tambah kawan aku tu.


"Sebenarnya Man, ramai orang Melayu terkena dengan MLM ni, tapi kalu hang betul-betul nak cari income yang lebih terjamin. Perniagaan secara jujur, Tidak pekena orang Man contact saya Zul 0133946107 atau boleh email kat zoolmedic@yahoo.com. Nanti saya bagi tau apa peluang Man. OK Man? bukan tak sempat bincang hari ni. Dah hampir maghrib ni aku nak pi solat pas tu nak dengar kuliah jap. Bila Man ada masa nak dengar Man bagi tau saya ye" Balas kawan aku ringas. Kalu aku nak tau jugak boleh tak. Mana tau boleh buat duit, boleh tolong ekonomi aku sendiri ni. Kurang-kurangnya lepaslah belanja dapur. "Boleh je" Jawabnya.


Pas tu kami berpisah, Aku belanja semua kawan aku petang tu. InsyaAllah 2-3 hari lagi aku nak jumpa semula kawan aku si Zul tu. Dia kata ada peluang. Tak salah kalu dengar kan. Pembaca pun boleh juga tau peluang anda dengan hubungi Zul 0133946107. Peluang adalah dalam masa yang terhad.

Buat Master Sebab Gagal Dapat Kerja ???


Walaupun bergelar mahasiswa di sebuah universiti tempatan yang terkenal, aku tak pernah merasa bangga. Tetapi aku tetap bersyukur. Untuk meneruskan pengajian di Universiti, aku memohon pinjaman kewangan. Pengajian aku selama 4 tahun sahaja.


Kira-kira aku amat mudah... Makan seharian aku berbelanja lebih kurang RM20. Jadi dalam sebulan aku dah belanja RM600. Kalu campur dengan duit minyak motor, fotostat, top-up dan sebagainya. Aku merasakan belanja aku sebulan sahaja kira-kira RM800.... sama macam gaji pokok pekerja kilang. Maka dalam setahun aku telah belanja RM9600.


Sahabat-sahabat yang memiliki kenderaan, pasti belanja lagi lebih. Apa yang pasti, semua orang akan berbelanja termasuk aku yang bakal bergelar graduan ini.


Suatu hari... 


Aku berjumpa dengan senior aku yang juga mentor aku dalam mengharungi kehidupan di universiti. Dia berkata "Awak kena beringat, walaupun bergelar graduan, kerja belum tentu". Sambil menjelaskan ramai kawan-kawannya sukar mendapat kerja walaupun mempunyai keputusan yang baik. Aku cuba memahami apa yang ingin disampaikan.


Dia menjelaskan secara lebih detail bahawa, orang kita sukar dapat kerja bukan disebabkan kurang pengetahuan tetapi kita tiada kuasa ekonomi. Orang kita suka cakap lebih tapi hakikatnya.... kita lebih suka bermatian-matian pasal politik. Tapi kita lupa nak pinjamkan semangat yang sama untuk berbincang pasal ekonomi. Akhirnya, ekonomi kita amat jauh dari kita.


Itu sebabnya, orang kita kalu nak kerja pasti cari kerajaan. Mereka merasakan lebih selamat dan sebagainya. Hinggakan mereka juga merasakan untuk menaikkan ekonomi kita juga perlu berharapkan kerajaan. "Adakah kita BODOH atau hendak LEPAS TANGAN dari memikirkan masalah ekonomi kita sendiri". Ayat yang aku ingat  dalam pertemuan kami.


Disebabkan ekonomi jugalah graduan Melayu kita ni gagal dapat pekerjaan. Kita tak pernah dengar ada budak Cina sukar dapat kerja. Budak-budak mereka yang tak masuk Universiti pun mudah dapat kerja. Malah gaji mereka lebih besar dari gaji budak Melayu yang baru kerja. 


Takkan awak tak terasa sedih melihat Orang yang sama dengan kita. Saudara kita bekerja sebagai, pengawal keselamatan dengan alasan mereka ini sebelum ini adalah askar... Bekerja sebagai tukang sapu, dengan alasan sekurang-kurangnya mereka ada kerja dari meminta-minta... Bekerja sebagai operator-operator kilang, dengan alasan mereka tiada pendidikan... Jadi apa bezanya mereka dengan orang asing yang kerja di Malaysia.


Takkan kita tak lihat, berapa ramai orang Melayu beragama Islam "di beli" untuk menukarkan agama atau sekadar menghadiri majlis mereka. Kononya meraikan "Majlis Berbuka Puasa". Berapa ramai orang Melayu menjual aset mereka kepada orang lain untuk dibangunkan. Berapa ramai orang Melayu terpaksa keluar dari kawasan bandar kerana kos kehidupan di bandar telah meningkat. Akhirnya kita tak mampu memiliki aset di kawasan yang strategik, yang mempunyai nilai hartanah yang tinggi.


Di mana kita....


Kita tiada kilang besar untuk bagi pekerjaan kepada orang kita. Kita tiada jaringan pemasaran untuk memasarkan produk kita. Kita tiada persatuan yang boleh memperkuatkan struktur ekonomi kita, dan semangnya kita tiada struktur ekonomi. Kalu nak berniaga... kita adalah penjual terbaik produk-produk mereka.


Kita hanya ada....


Kedai-kedai kecil, IKS yang produk mereka sukar masukki pasaran dan koperasi yang memberi bantuan kewangan dengan harapan untuk galakkan mereka berniaga.


Untuk berjaya dalam perniagaan kita masih berasaskan kepada "projek-projek kerajaan". Menjadi kontraktor pilihan orang Melayu untuk menjadi kaya. Akhirnya... kita kaya tetapi kita kaya sorang-sorang. Ramai lagi orang Melayu yang tak makan.


Berbanding dengan Cina...


Struktur ekonomi mereka amat kukuh. Kita janganlah berangan nak lawan mereka dari segi struktur tu. Disebabkan ingin berlawan dengan merekalah kita sampai sekarang berada di takuk sekarang ni. Orang kita merasakan majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu, jadi mereka akan datang ke kedai kita. Tapi kita lupa nak studi strategi mereka. Lihatlah kenapa orang Cina boleh kaya secara organisasi, berjemaah atau dengan kata lain kekayaan mereka mampu menaikkan ekonomi mereka dengan JELAS.


Kita... MELAYU. Suka sangat bercakaran. Dalam arena persilatan, kita suka menonjolkan diri siapa yang lebih handal. Sedangkan ada yang lebih handal tapi biasanya orang ini senyap je.


Kita... MELAYU. Ada yang baru-baru nak kaya. Tapi itupun dah heboh satu Malaysia. Sedangkan ramai lagi yang kaya dan mereka ini lebih mengambil sikap TAWADDUK.


Kita... MELAYU. Amat suka berpolitik. Yakin dengan pegangan masing-masing. Syukur. Tapi ramai yang mempertahankan ego masing-masing. Merasakan diri dah betul.... Macam-macam lagi. Cubalah dalam masa kita berpolitik... dengan SEMANGAT POLITIK itu kita bincangkan pasal ekonomi. Lupakan pasal ideologi sebentar. Bersatu dalam ekonomi.... itupun sekiranya pendapat saya betul.


Sejauh Mana MAHASISWA MENJADI MANGSA EKONOMI?


Untuk memudahkan pemahaman... apabila mahasiswa membuat program besar universiti. Biasanya exco ekonomi atau mencari dana biasanya bukan orang kita, dengan alasan mereka mudah dapat sponsor. Maksudnya mereka senang dapat sumber kewangan. Berbanding kita. Agak sukar. Kita mungkin mengambil masa yang lama untuk kumpul beribu-ribu berbanding mereka mungkin mengambil masa hanya satu minggu. 


Itu semasa di universiti. Mereka senang dapat sumber kewangan. Kalu keluar universiti pun, mereka masih mendapat kelebihan berbanding orang-orang kita dari segi peluan pekerjaan. Tetapi yang gagal dapat kerja, tak lain dan tak bukan adalah orang kita.


Kita nak SALAHKAN SIAPA KALU MAHASISWA MENJADI MANGSA EKONOMI?


Adakah kita nak salahkan kerajaan? Sampai bila kita nak persalahkan orang lain sedangkan kita juga adalah penyumbang utama masalah tersebut. Sebagai contoh. Produk-produk yang ada di dapur kita, produk dalam tandas kita -sabun, pencuci lantai, bedak, dan lain-lain, siapa yang buat produk tersebut. Bukan orang kita kan? Kalu kita tak support produk kita siapa lagi nak support. 


Masalahnya produk orang kita tiada dalam Pasaran? itulah sebabnya saya dan anda beli produk lain-lain. Betul itulah masalah utama kita. Kita tiada strategi untuk memastikan produk kita boleh bersaing di pasaran. Tetapi sebenarnya kita kena cipta (create) pasaran kita sendiri.


Melalui pengalaman, sukar produk kita untuk masuk ke dalam pasaran seperti supermarket, hypermarket pasaran borong dan sebagainya yang telahpun secara total dikuasai oleh mereka. Di sini, kita tiada cara lain. Gunakan semangat berpolitik itu untuk sama-sama berjuang mencipta pasaran baru orang Islam Muslim. Dengan harapan dari Perlis sampai ke Sabah. Apabila kita keluarkan produk kita terutama barang yang pasti kita beli setiap bulan, kita terus dapat pasarkan secara meluas.... Membina pasaran... InsyaAllah menguasai pasaran.


Selepas hampir satu jam bersembang dengan mentor aku. Aku tanya dia, macammana kita nak cipta pasaran. Dia jawab ringkas "Strategi. Strategi jugalah rahsia Orang Cina berjaya di Malaysia ini".

Batu Nisan Orang Islam Buatan Cina


Nukilan ini bukan bermaksud menimbulkan sentimen perkauman di antara Melayu atau Cina cuma untuk memberi kesedaran kepada bangsa Melayu Islam ni bahawa sesuatu perlu dilakukan...

Kalu hendak dilihat trend, orang kita lebih suka sembang pasal politik sedangkan ada perkara yang sama penting dengan politik tetapi tidak pula nak kita bincangkan. Kita faham kita semua secara langsung atau tidak langsung semua terlibat dengan politik sebab dengan politik lah negara diperintah. Sebab itu ada pilihanraya.

Sebagai contoh ... apabila sesuatu polisi dibuat oleh ahli politik, rakyat akan terlibat sama. Penggubalan undang-undang melalui parlimen (cth 'speed trap') yang secara langsung atau tidak langsung akan melibatkan kita semua. 


... itu pentingnya kita memilih parti politik yang adil dan telus. InsyaAllah.

Tetapi kita lupa untuk berbincang secara serius sepertimana kita bincang pasal politik tentang ekonomi. Adakah kita tak terlibat dengan ekonomi? atau kita merasakan biarlah orang politik fikir pasal ekonomi? atau kita merasakan apabila parti politik ditukar kita berjaya menaikkan ekonomi orang kita?

Cuba perhatikan gambar ini


Batu Nisan Seng Hong

Kedai Batu Nisan Jee Lee

Kedai batu nisan ini terletak berhampiran Alor Setar, Kedah. gambar ini bukan bermaksud perkauman atau untuk menganggu gugat perpaduan. Jadi terima kasih kepada Seng Hong dan Jee Lee kerana menyediakan batu nisan untuk Orang Islam.

Tetapi apa yang hendak kita fikirkan. Takkan takde orang Islam yang mampu menyediakan keperluan orang Islam sendiri sampai mati pun masih bergantung kepada orang lain.

Perkara di atas adalah contoh apabila kita tidak sensitif pasal ekonomi sedangkan setiap hari kita berbelanja. Sudah pasti kita berbelanja dengan duit dan bukan dengan daun-daun kering. Orang yang cakap politik berapi-rapi di kedai kopi pun kadang-kadang hutang apatah lagi nak belanja kawan-kawan makan.

Bila harga barang naik mulalah nak salahkah politik. Walaupun ada betulnya tetapi tak semua mampu di kawal oleh politik. Apabila harga minyak, harga barang naik, orang kita ramai yang mengeluh. Mulalah marah anak bini hingga berlaku perceraian. Ada yang ambil jalan singkat nak cari duit dengan buat kerja haram. Tu tak termasuk anak-anak kita yang keluar Universiti yang masih menanggur.

Persoalannya ada tak kita lihat orang yang kukuh ekonomi (orang kaya) sibuk dok fikir masalah ekonomi. Sudah pasti mereka akan membantu golongan yang menghadapi masalah ekonomi Seperti mana syarikat-syarikat Cina membantu bangsa mereka melalui persatuan-persatuan. Bukankan itu perkara yang amat baik dan perlu dicontohi..

Dalam ekonomi kita, orang kita asyik dok sembang pasal masalah, macam dalam politik. Bukankah lebih baik kalu kita fikir kan jalan penyelesaiannya....

Jihad Ekonomi !!!


Orang-orang kita sering mencanang-canangkan pasal pasal "Jihad Ekonomi". "Belilah produk buatan orang Islam"... dan pelbagai lagi. Ada yang berjihad melalui membuka kedai kecil-kecilan seperti kedai runcit, pasar  malam, car wash dan ada juga yang berjihad melalui MLM dan sebagainya. Malah ada yang yang menggunakan gimik "Jihad Ekonomi" tetapi sebenarnya lebih kepada kepentingan peribadi.

Bagi saya jihad ekonomi sepatutnya difahamkan sebagai bagaimana untuk bersaing dalam perniagaan. PERNIAGAAN ADALAH PEPERANGAN.
Buku Sun Zhu Art Of Business 
Tetapi apa yang saya perhatikan, secara individu saya merasakan masih ramai tak faham dengan siapa kita nak berjihad Ekonomi? tetapi kita lebih SYOK SENDIRI dalam jihad ekonomi. Malah ada yang menyalahkan parti politik sebab tak membina ekonomi orang Islam dan ada menerapkan perasaan perkauman dalam perniagaan. PERNIAGAAN ADALAH PERMAINAN STRATEGI... BETULKAH STRATEGI ITU.

Dari segi logik, Di Malaysia ekonomi di pegang oleh Bangsa Cina. Bagi saya Bangsa Cina secara culture, adalah bangsa yang berniaga.Culture bermaksud mereka dah faham selok-belok perniagaan. Mereka menganggap perniagan seperti peperangan. Berbanding dengan kita yang baru-baru nak faham kepentingan perniagaan.
Buku Sun Zhu Art Of Business
Sebelum ini saya berpendapat bahawa bangsa Cina (terutamanya) mengaplikasi buku Sun Zhu Art Of War untuk menjalankan perniagaan tetapi saya gagal untuk menjelaskan dalam aplikasi tersebut sehingga saya terjumpa buku ini...

Dalam buku ni diceritakan aplikasi buku seni peperangan Sun Thu (Sun Thu Art Of War) untuk menjalankan perniagaan. Dari situ kita boleh faham bagaimana Culture bangsa Cina dalam perniagaan sehingga mereka mampu menguasai ekonomi sesebuah negara walaupun bilangan mereka bukanlah bilangan majoriti di dalam sesebuah negara.

...SELAMAT MEMBACA DAN SELAMAT MEMBANGUNKAN EKONOMI UMMAH 

Yahudi Sembelih Umat Islam di Palestin (Gambar)






















Salam

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:


Razali kata  Mesir ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...  "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.


Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!  Memang sekutu kuat Amerika and Israel . (Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!) 

Gaza ( Palestine )



Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama .tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. 


Hamas


Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid.  Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi.. 

Israel



Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.


Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Adaback-up besar lah katakannn... 

Rakyat Palestine



Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.
 The bellow photos are not a Movie Shooting or Celebrating a festival with crackers... its a school in Gaza ..  this is the current situation of the innocent people in Gaza ! 

Make sure you read till last to know what is
 white phosphorus! and the effect!  
( UNRWA SCHOOL IN BEIT LAHIA, GAZA , PALESTINE )




































tapi kita masih lagi menggunakan produk keluaran syarikat ini kan... kan ... kan.. atau membeli di kedai hypermarket kepunyaan mereka kan. Alasannya tiada alternatif lain... atau tiada produk keluaran orang Islam.


Kita hanya mampu boikot masa tu je lepas tu... pakat-pakat beli. Sebabnya
1. Kita tiada alternatif.
2. Produk mereka lebih murah.
3. Harga barang yang ditawarkan di hypermarket milik mereka jauh lebih murah.
4. Kita akan berbelanja di tempat yang memberikan tawaran harga lebih berbaloi seperti contoh gambar di atas adalah "TESCO".
5. Kita tiada pendapatan yang mantap (senang cerita orang kita tak ramai yang kaya) untuk membeli di kedai-kedai orang Islam sebabnya harga yang ditawarkan adalah lebih mahal, sebab tiada promosi dan sebagainya.
6. macam-macam lagi la alasan kita, termasuk lah saya... tetapi

saya dah ada penyelesaiannya kepada masalah di atas. Kita akan mengeluarkan produk sendiri. Produk kegunaan harian seperti mana gambar contoh di bawah... tetapi walaupun dengan hanya menggunakan produk ia boleh menjana pendapatan...


1. HARGA ADALAH KOMPETETIF DENGAN HARGA PASARAN. MAKSUDNYA SEKIRANYA ANDA BERBELANJA RM50 UNTUK SABUN, SHAMPOO, SABUN BASUH, MINYAK RAMBUT   MAKA DENGAN NILAI RM50 JUGA ANDA AKAN DAPAT PRODUK YANG SAMA DI SINI.


2. KUALITI PRODUK DIUTAMAKAN.


3. PENGGUNA BERPELUANG MENDAPAT REBAT TUNAI (REBAT YANG LEBIH BERBALOI BERBANDING PASARAYA BESAR).


4. PENGGUNA BOLEH MENJANA PENDAPATAN WALAUPUN TIDAK MEMBUAT JUALAN.


5. PENGIRAAN PENDAPATAN ADALAH SEPERTIMANA KAEDAH MLM YANG TULEN.


6. MLM TULEN ADALAH MULTI LEVEL MARKETING ATAU MEMPERKENALKAN KELEBIHAN BERBELANJA DI SYARIKAT DAN BUKANNYA MLM ATAU MULTI LEVEL SELLING SEPERTI MANA YANG ORANG ISLAM FAHAM SEBELUM INI.


7. MLS ADALAH MULTI LEVEL SELLING IAITU MEMBUAT JUALAN UNTUK PRODUK-PRODUK SYARIKAT MLM SEPERTI FILTER AIR, PRODUK KESIHATAN DAN SEBAGAINYA. TETAPI SYARIKAT INI TIDAK MENGAMALKAN KAEDAH SEDEMIKIAN.


8. MLM YANG SEBENARNYA UNTUK MEMUDAHKAN PEMAHAMAN ADALAH SEPERTI KITA BERBELANJA DI TESCO TETAPI CLUBCARD ITU KITA KELUARKAN MELALUI PENAJAAN. APABILA MEREKA BELI PRODUK, KITA AKAN MENDAPAT IMBUHAN DARI SETIAP PEMBELIAN MEREKA ITU. JADI DARI SITU SECARA TIDAK LANGSUNG IA AKAN MENJANA PENDAPATAN UNTUK KITA.


9. SYARIKAT TIDAK BERCAKAP KOSONG. SEBANYAK 35 CAWANGAN TELAH DITUBUHKAN DI SELURUH NEGARA UNTUK MEMBERITAHU BERITA GEMBIRA INI KEPADA ANDA SEMUA DAN SASARAN 100 CAWANGAN APABILA MLM DILANCARKAN HUJUNG TAHUN NANTI.


10. SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI PENGGUNA APABILA MLM DILANCARKAN SILA SMS NAMA DAN BAGI TAHU "HUBUNGI SAYA APABILA MLM TELAH BERMULA"... SMS KE 013-3946107 (Zul).


11. TETAPI SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK BERGERAK DI FASA SEBELUM MLM DAN MEMPEROLEHI PENDAPATAN YANG AMAT BAIK (SECARA BULANAN) APABILA MLM BERMULA WALAUPUN TIDAK MEMBUAT SEBARANG KERJA (HANYA GUNA PRODUK SEPERTI MANA ANDA BERBELANJA). SMS KEPADA SAYA, ZUL 013-3946107 DAN NYATAKAN "SAYA BERMINAT UNTUK TAHU LEBIH LANJUT"


12. BAGI MEREKA YANG PERNAH MENYERTAI MLM YANG SEBENARNYA MLS (MULTI LEVEL SELLING) ATAU 3S (SALE, SPONSOR DAN SERVICE) HINGGA MENYEBABKAN ANDA FOBIA SEBAB MERASA TERTIPU DENGAN JANJI UNTUK KERETA BESAR, RUMAH BESAR DAN SEBAGAINYA SEDANGKAN KALU ANDA PERASAN BIASANYA HANYA KITA-KITALAH YANG MEMBUAT JUALAN. TETAPI KAMI YAKIN, KAMI MENAWARKAN PELUANG YANG LEBIH BAIK DARI MEREKA.